Sebelum membuat sebuah karangan yang baik dan cemerlang, rangka karangan hendaklah dicatat terlebih dahulu untuk memastikan idea atau isi yang ingin disampaikan menepati kehendak soalan untuk karangan. Rangka karangan ialah garis panduan kasar bagi sesuatu penulisan yang perlu dibuat sebelum seorang pelajar mula menulis. Pelbagai manfaat yang diperoleh apabila pelajar membuat kerangka karangan sebelum mula menulis karangan.
Rangka sesebuah penulisan bergantung pada genre atau jenis bahan yang hendak ditulis. Bagi karangan berbentuk deskriptif, terdapat tiga komponen yang utama iaitu Pengenalan, Idea Utama atau Isi-isi Penting dan Penutup.
Di samping itu, terdapat sebuah cara untuk mengolah isi atau idea iaitu dengan menggunakan Rangka Komunikasi Perenggan Idea atau Isi. Rangka ini dapat menjana idea tau isi yang akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koheren dan kohesif. Berikut merupakan proses mengolah dan mengembangkan idea berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan:
Formula | Idea atau Isi | Alat Tautan | Binaan Ayat |
Idea 1 | |||
Contoh 1 | |||
Contoh 2 | |||
Kesan 1 | |||
Kesan 2 | |||
Indah | |||
Kesimpulan |
Formula | Idea atau Isi | Alat Tautan | Binaan Ayat |
Idea 1 | Aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak | Ibu bapa boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. | |
Contoh 1 | Menyihatkan tubuh badan dan mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak. | Bukan sahaja … malah | Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan tubuh badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. |
Contoh 2 | Aktiviti yang boleh dijalankan | seperti | Senamrobik, mendaki bukit berjoging, berbasikal dan berenang. |
Kesan 1 | Anak-anak mampu membina tahap imunisasi | Kesannya, | Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. |
Kesan 2 | Anak-anak akan lebih sihat dan tumpuan yang lebih baik | Anak-anak yang mengamalkan senaman dan beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas semasa guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. | |
Indah | bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas | ||
Kesimpulan | Aktiviti senaman dan riadah hendaklah dipupuk oleh ibu bapa | Tegasnya, | Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas. |
Perenggan yang sudah diolah atau dikembangkan isi hendaklah dimasukkan dalam struktur binaan karangan. Walau bagaimanapun, perenggan ini masih boleh diperluas dengan menambah frasa-frasa yang sesuai. Frasa memperluas perenggan ini tidak akan menggangu struktur binaan ayat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat.. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 30 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senam robik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit.. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Anak-anak yang mengamalkan senaman dan beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas semasa guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Menurut kajian, murid-murid yang tidak gemar bersukan dan beriadah lebih cenderung untuk berkelakuan pasif di dalam kelas selain suka berkhayal dan mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas. |