Karangan cemerlang atas memerlukan kematangan pelajar semasa mengarang, terutama semasa mengolah dan mengembangkan huraian isi, serta diikuti dengan ayat contoh serta diikuti dengan kebijaksanaan pelajar menggarap unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutama semasa pelajar membuat ulasan sebab dan akibat berkaitan isi yang dibincangkan. Kemahiran mengarang dan kematangan mengarang hanya akan terhasil dengan latihan yang kerap serta mendapat bimbingan guru. Bahkan juga, seorang pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas atau mampu menyelitkan istilah menarik serta mahir menggunakan pelbagai penanda wacana semasa memulakan isi karangan, atau ayat baru semasa menghurai dan mengembang isi karangan. Pelajar mampu memperoleh markah cemerlang dengan usaha yang berterusan dan saya tegaskan lagi pelajar perlu mendapat bimbingan daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda kerana hanya jauhari mengenal manikam terutama untuk menyemak hasilan karangan mereka setelah selesai mengarang.
Kaedah Mengarang Menggunakan Jadual Pengembangan Idea Karangan
Karangan cemerlang memerlukan pelajar menghasilkan perkembangan dan pengolahan hurain isi secara harmoni, ibarat aliran air sungai yang tenang dan mendamaikan hati pembaca atau dalam peperiksaan lebih tepat kepada pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, murid perlu memastikan karangan yang dihasilkan dapat memuaskan hati pemeriksa untuk terus membaca karangan berkenaan bermula daripada perenggan pengenalan hinggalah ke perenggan penutup kerana impresion seseorang pemeriksa akan menentukan markah karangan anda sama ada dalam skop markan cemerlang, baik mahupun sederhana. Diharapkan dengan adanya Jadual Pengembangan Idea Karangan akan mampu membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
Sebagai contoh:
Tema/ kata kunci isi | Pelajar menulis kata kunci / atau isi- yang hendak ditulis (isi yang hendak diperkatakan) Mendapatkan isi dengan penggunaan kata tanya apa berkaitan fokus /tema pengenalan yang dipilih? |
Ayat huraian 1 | Ayat huraian isi. (mengapa- tentang isi) Pelajar perlu bijak memilih penanda wacana sesuai untuk memulakan ayat huraian 1:- |
Ayat huraian 2 | Ayat huraian isi seterusnya ( bagaimana – isi tersebut berlaku atau terjadi) |
Ayat huraian 3 | Ayat huraian isi selanjutnya. (kenapa – berkaitan keterangan isi selanjutnya) Pelajar perlu bijak memilih penanda wacana sesuai untuk memulakan ayat huraian 3. |
Ayat contoh | Ayat contoh- perlunya pelajar banyak membaca untuk mengaitkan isi dengan contoh semasa (kematangan) |
Unsur kbat | Sebab dan akibat- jika berlaku…jika tidak … kesannya…
|
Frasa menarik | Pemeriksa terpegun dengan frasa menarik yang ditulis pelajar, sama ada peribahasa, kata-kata pemimpin, petikan al quran, dan sebagainya. Sekiranya pelajar bijak- frasa menarik boleh diselit di mana-mana ruang pada jadual pengembangan isi perenggan |
Ayat arahan | Tegaskan semula isi tema Konklusinya/sudah telah terang bersuluh /jelasnya / tegasnya…………..tulis semula isi yang difokus pada permulaan tema perenggan isi pertama |
Contohnya: | |
Kata Kunci Isi | Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia. |
Ayat huraian 1 | Hal ini demikian kerana dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia. |
Ayat huraian 2 | Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersadana dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh atlet sukan ternama dunia. |
Ayat huraian 3 | Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain. |
Ayat contoh | Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil. Diikuti pula nama seperti Ziyad Zolkefli memecah rekod acara lontar peluru dan Muhamad Ridzuan Mohamad Puzi menjadi johan dalam acara lari 100 meter, perkembangan terbaru ini membanggakan warga negara Malaysia dan menambahkah sinar Kontijen Sukan Paralimpik Negara. |
Unsur KBAT | Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju. Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar. |
Frasa menarik | Peribahasa Melayu ada mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan. |
Ayat penegas | Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara. |
Kemahiran Menguasai Tatabahasa juga menjadi Penentu Kecemerlangan Karangan
Pelajar yang mahir dari segi kemahiran ejaan, tatabahasa dan juga mahir menggunakan penanda wacana juga akan mempengaruhi markah. Oleh sebab itu, pelajar perlu memberi penekanan unsur bahasa ini dan bukan sahaja diberi keutamaan semasa perbincangan tatabahasa pada kertas Bahasa Melayu 2. Kesimpulannya, karangan memerlukan pelajar menguasai keseluruhan kemahiran bahasa dan sistem bahasa ata tatabahasa, di samping pelajar banyak membaca dapat meluaskan pengetahuan sebagai persediaan untuk menjawab soalan atau tema yang dikemukakan soalan karangan terutama soalan subjektif respon terbuka. Pelajar yang tidak minat membaca dan tidak mengetahui perkembangan semasa sama ada berkaitan isu sosial, ekonomi, sosio politik, berita dalam atau luar negara, merupakan pelajar yang rugi. Bukan itu sahaja, pelajar sebegini rupa sukar untuk menghurai isi karangan atau disebut juga mengembangkan karangan.