About Me image
Saya Nur Maisara bt Jemain merupakan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu dengan Pendidikan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Laman sesawang ini dibina bagi memenuhi keperluan tugasan subjek major bahasa Melayu iaitu BMP3093 (Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu). Bukan itu sahaja, laman sesawang ini mampu menjadi rujukan serta wahana kepada pelajar-pelajar di sekolah untuk membina karangan yang baik. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasi perkara yang telah dipelajari daripada kursus ini dalam pendidikan. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya bagi kursus ini iaitu Dr Nur Farakhanna binti Mohd Rusli kerana telah banyak membimbing dan sentiasa memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan lama sesawang ini.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING