Alhamdulilah, laman sesawang ini dapat disiapkan dengan jayanya dengan bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan saya yang sangat baik. Saya berharap laman sesawang ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kepada pelajar dalam menghasilkan karangan yang baik dan berkualiti. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari daripada kursus ini dan dapat menghasilkan laman sesawang sebegini. Terima kasih juga diucapkan kepada pesnyarah saya yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dalam kursus ini iaitu Dr Nur Farakhanna yang sangat berdedikasi dan begitu baik. Oleh itu, saya berharap laman sesawang ini dapat memberi manfaat kepada semua.