Berikut merupakan antara bahan-bahan yang boleh menjadi rujukan kepada para pelajar untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis karangan. Ramai yang menyangka bahawa tatabahasa tidak penting, namun tatabahasa merupakan aspek penting di samping idea yang menarik dalam penulisan karangan. Contoh - contoh ini amat berguna untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis karangan.
Antara contoh kesilapan ejaan yang kerap berlaku:
Kesilapan Ejaan bagi Kata Majmuk
Salah | Betul | Salah | Betul |
andaikata | andai kata | lalulintas | lalu lintas |
ambilalih | ambill alih | lebuhraya | lebuh raya |
aturcara | atur cara | penguatkuasa | penguat kuasa |
begitupun | begitu pun | pilihanraya | pilihan raya |
biar pun | biarpun | rekabentuk | reka bentuk |
baikpulih | baik pulih | sekaligus | sekali gus |
campurtangan | campur tangan | seringkali | sering kali |
gambarajah | gambar rajah | sudahpun | sudah pun |
ibubapa | ibu bapa | temubual | temu bual |
isipadu | isi padu | telahpun | telah pun |
janakuasa | jana kuasa | keretapi | kereta api |
jualbeli | jual beli | usahasama | usaha sama |
Kesilapan Ejaan bagi Kata Pinjaman
Imbuhan Inggeris | ||
Imbuhan | Makna | Contoh |
anti- | Menentang atau benci | antikerajaan antirasuah anti-Israel (tanda – diletakkan selepas perkataan anti bagi perkataan kata nama khas) |
auto- | secara sendiri atau dengan sendiri | automatik automobil autonomi |
poli- | Banyak | politeknik poligami poliklinik |
pro- | Memihak atau menyokong | probiotik protimur pro-Jepun (tanda – diletakkan selepas perkataan pro bagi perkataan kata nama khas) |
sub- | Sebahagian daripada | subsistem subtajuk subbidang |
-is | orang yang melakukan | ekonomis kartunis |
-isme | Kepercayaan atau ajaran atau fahaman seseorang | nasionalisme patriotism komunisme |
-logi | Bidang ilmu | morfologi biologi fisiologi |
Imbuhan Sanskrit | ||
dwi- | dua | dwibahasa dwikad |
juru- | Orang yang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang | jurubahasa juruterbang jurupandu |
maha- | Agung atau besar | maharaja mahasiswa mahaguru |
pra- | Sebelum | prabayar prasyarat prakata |
-ita | Wanita atau perempuan | Biduanita |
-man | Orang yang memiliki sifat atau kepakaran dalam sesuatu bidang | seniman budiman |
-wan | Orang yang pakar dalam sesuatu bidang | sejarahwan negarawan angkasawan |
-wati | Wanita yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan | seniwati peragawati |
Imbuhan Arab-Parsi | ||
bi- | tidak | biadab binormal |
-ah | Orang perempuan atau wanita | ustazah qariah |
-iah | Hal yang berkaitan sifat | ilmiah alamiah |
-in | Orang lelaki | muslimin hadirin |
-at | Orang perempuan atau wanita | muslimat hadirat |
Kesalahan Tatabahasa dalam Ayat
Salah | Betul |
Ada berbagai barang di kedai itu. | - Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. - Ada pelbagai barang di kedai itu. |
Ali dihadiahkan sebuah buku harian. | Ali dihadiahi sebuah buku harian. |
Di antara mereka yang hadir. | Antara mereka yang hadir. |
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura. | Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. |
Banyak perbezaan di antara bilik Ali dengan bilik Kasim. | Banyak perbezaan antara bilik Ali dengan bilik Kasim. |
Bangunan itu adalah Daya Bumi. | Bangunan itu Daya Bumi. |
Banyak orang datang. | Banyak orang yang datang. |
Berbincang masalah. | Berbincang tentang masalah itu. |
Berdasarkan kepada perkara itu. | Berdasarkan perkara itu. |
Bergantung kepada. | Bergantung pada. |
Berhubung itu. | Berhubung dengan itu. |
Berkait itu. | Berkait dengan itu. |
Berkaitan itu. | Berkaitan dengan itu. |
Bersama. | Bersama-sama. |
Beda. | Beza. |
Bola itu Ali tendang. | Bola itu ditendang (oleh) Ali. |
- Bola itu ditendang oleh saya. - Bola itu saya menendang. | Bola itu saya tendang. |
Buku itu dihadiahi kepada Ahmad. | Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad. |
Buku itu dia hantar ke perpustakaan. | Buku itu dihantar ke perpustakaan. |
Buku itu dimasukkan dalam laci. | Buku itu dimasukkan di dalam laci. |
Buku itu disimpan dalam laci. | Buku itu disimpan di dalam laci. |
Di dalam hal itu. | Dalam hal itu. |
Di dalam peperiksaan itu. | Dalam peperiksaan itu. |
Dari Kedah hingga Sabah. | Dari Kedah ke Sabah. |
Dari masa ke semasa. | Dari masa ke masa. |
Dari semasa ke masa. | Dari semasa ke semasa. |
Daripada segi. | Dari segi. |
Dato’ Sri. | Dato’ Seri. |
Datuk Sri. | Datuk Seri. |
Dengan lain perkataan. | Dengan perkataan lain. |
Dalam bilik itu. | Di dalam bilik itu. |
Dia belajar dari pengalaman. | Dia belajar daripada pengalaman. |
Dia datang bila dipanggil. | Dia datang apabila dipanggil. |
- Dia memandang pada saya. - Dia memandang kepada saya. | Dia memandang saya. |
Dia berikan anaknya pelajaran. | Dia memberi anaknya pelajaran. |
Dia berikan saya sebuah buku. | Dia memberi saya sebuah buku. |
Dia memberi buku kepada saya. | Dia memberikan buku kepada saya. |
Dia memberi pelajaran kepada anaknya. | Dia memberi anaknya pelajaran. |
Dia mempelajari daripada pengalamannya. | Dia mempelajari perkara itu daripada pengalamannya. |
Dia memperisterikan Aminah. | Dia memperisteri Aminah. |
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar. | Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar. |
Dia menaiki bendera. | Dia menaikkan bendera. |
Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. | Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan. |
Dia mengambil apa sahaja. | Dia mengambil apa-apa sahaja. |
Dia menolehkan pandangannya kepada saya. | Dia menolehkan pandangannya pada saya |
Dibincangkan di dalam mesyuarat itu. | Dibincangkan dalam mesyuarat itu. |
Dia merindukan anaknya. | Dia merindui anaknya. |
Kesalahan Penggunaan Kata Kerja
Salah | Betul |
Kami jalan ke sekolah. | Kami berjalan ke sekolah. |
Gadis itu senyum kepada saya. | Gadis itu tersenyum kepada saya. |
Jangan lompat. | Jangan melompat. |
Dia pukul ular itu. | Dia memukul ular itu. |
Dia bantu saya tadi. | Dia membantu saya tadi. |
Kesalahan Kata Hubung
Salah | Betul |
Pelajar itu makan sekali sehari oleh kerana tiada wang. | 1. Pelajar itu makan sekali sehari oleh sebab tiada wang. 2. Pelajar itu makan sekali sehari kerana tiada wang. |
Abang pulang bila hari sudah senja. | Abang pulang apabila hari sudah senja. |
Majlis ini diadakan untuk mengutip derma seperti mana yang telah diberitahu. | Majlis ini diadakan untuk mengutip derma seperti yang telah diberitahu. |
Kami sedar yang kami perlu membantunya. | Kami sedar bahawa kami perlu membantunya. |
Dia bukan sahaja rajin tetapi baik. | Dia bukan sahaja rajin tetapi juga baik. |
Kesalahan Kata Pemeri
Salah | Betul |
Kelakuan budak itu kurang baik adalah disebabkan dia kurang mendapat perhatian. | Kelakuan budak itu kurang baik disebabkan dia kurang mendapat perhatian. |
Peristiwa ini adalah merupakan perkara biasa yang sering terjadi. | 1. Peristiwa ini ialah perkara biasa yang sering terjadi. 2. Peristiwa ini merupakan perkara biasa yang sering terjadi. |